Utama




JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 



LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI


BENEDIC A/L DORAY
18DGT13F2039
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNOLOGI PERMAINAN)

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra,
02600 Arau,
Perlis Indera Kayangan

Resume

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI

Saya akui bahawa semua keterangan diatas adalah betul

Tandatangan Pelajar ................... Tarikh________________________

Penghargaan dan dedikasi

PENGHARGAAN

           Segala pujian dan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya. Laporan akhir ini dapat disempurnakan dengan bantuan semua pihak termasuk kedua ibu bapa saya. Seperti yang telah ditetapkan oleh politeknik, saya telah sempurnakan program Latihan Industri ini dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu sepanjang satu semester yang juga merupakan semester terakhir saya. Tempoh praktikal saya adalah dari 19/06/2017 hingga 03/11/2017. 


         Saya Benedic A/L Doray yang mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Permainan) telah menyelesaikan program Latihan Industri ini di CTC HORIZON TECHNOLOGI dengan jayanya. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah saya perolehi dalam tempoh 1 semester (20 minggu) berada di CTC Horizon Technology.

        Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak penyelaras latihan industri saya iaitu Encik Pravin Nair selaku pemilik kedai telefon kerana sudi menerima saya untuk menjalani program Latihan Industri di sini. Terima kasih diucapkan kepada kakitangan yang turut serta membantu saya iaitu Encik Munisswaran selaku pembantu kedai telefon. Segala ilmu yang saya perolehi di sini tidak akan saya sia-siakan walaupun di luar bidang saya kerana mungkin du luar sana pelbagai bidang yang boleh saya ceburi.

      Juga dicupakan jutaan terima kasih kepada Penasihat Akademik Puan Nor Naematul Saadah Binti Ismail dan semua staf di Unit Perhubungan Latihan Industri (UPLI) yang banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang berguna sepanjang saya menjalankan program Latihan Industri di Ctc Horizon Technology. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semya yang terliba secara langsung atau tidak secara langsung dalam penghasilan laporan saya ini.

SEKIAN, TERIMA KASIH


DEDIKASI

"Untuk ayah dan bonda yang tercinta seisi keluarga yang disayangi, warga staf Ctc Horizon Technology serta semua rakan-rakan seperjuangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, juga saudara-mara terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan doronga sepenuhnya ketika menjalani Latihan Industri ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kerana banyak memberi tunjuk ajar dan segala ilmu dari segi teori dan peraktikal sebelum saya menjalankan Latihan Industri ini."


PERAKUAN PELAJAR

   "Saya akui Laporan Akhir Latihan Industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan."

Tandatangan       :................................................
Nama Pelajar      : Benedic A/L Doray
No. Pendaftaran : 18DGT13F2039
Tarikh                  : ...............................................

Pengenalan Latihan Industri

1.1          Pengenalan Latihan Industri


Latihan Industri (L.I) ini merupakan satu prosedur pembelajaran yang terdapat dalam system pendidikan bagi institut-institut pengajian tinggi. Latihan Industri adalah sinonim dengan “bekerja sambil belajar” di mana para pelajar dapat  didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar sambil mempelajari kemahiran serta meningkatkan ilmu pengetahuan. Selain itu, kaedah ini juga membantu pelajar mengaplikasikan teori yang mereka pelajari sewaktu belajar di politeknik apabila berada di di tempat latihan serta menggalakkan pelajar untuk mempelajari sesuatu yang baru di dalam kehidupan mereka yang tidak pernah mereka lalui sebelum ini. Justeru itu, ia dapat mendedahkan pelajar ke persekitaran yang baru.



Latihan Industri juga merupakan salah satu syarat yang wajib bagi setiap pelajar Politeknik untuk mendapatkan penganugerahan Sijl atau Diploma. Selain itu juga, latihan ini akan memberi peluang kepada pelajajr untuk menggunakan kemahiran yang sedia ada, di samping dapat menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran yang baru. Latihan ini juga secara langsung akan melatih para pelajar untuk berdikari, berdisplin, berpenampilan diri, berkebolehan, berkaliber serta kesanggupan dalam menghadapi alam pekerjaan sebenar.


Adalah diharapkan dengan adanya Latihan Industri ini, ianya dapat melahirkan dan mengeluarkan lebih ramai lagi pelajar Politeknik yang berkaliber dalam melakukan tugasan harian mereka. Melalui pengalaman latihan ini juga, pelajar dapat mengaplikasikan budaya kerja apabila melangkah ke alam pekerjan. 

Pendahuluan

1.1.1          Pendahuluan




Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kokurikulum pembelajaran di Politeknik. Pelajar disyaratkan lulus Latihan Industri  sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Sijil dan Diploma Politeknik. Pelbagai cabaran dan masalah yang akan dihadapi dalam menjalani Latihan Industri.


Tujuan utama Latihan Industri ini adalah untuk memberi bimbingan kepada pelajar supaya bersedia untuk menempuh segala cabaran dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Politeknik dan juga jabatan atau firma berkenaan.



Maka dengan ini diharapkan agar para pelajar dapat memanfaatkan sebaik mungkin pengalaman yang telah diperolehi semasa menjalani Latihan Industri demi pembangunan diri, masyarakat dan Negara amnya.

Objektif Latihan Industri

1.1.1     Objektif Latihan Industri


Objektif sebenar Latihan Industri ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada situasi dan alam pekerjaan yang sebenar kerana semasa menjalani latihan ini, para pelajar akan berinteraksi dengan para pekerja industri dan secara tidak langsung dapat menunjukkan keyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Berinteraksi dengan orang lain yang belum kita kenal akan membantu pelajar saling bertanya antara satu dengan yang lain seterusnya dapat menjalinkan hubungan yang baik serta dapat memupuk budaya kerja yang lebih efisien serta dapat meningkatkan progresif sasaran kerja.

Selain memberi pendedahan dunia pekerjaan kepada pelajar, hubungan silaturahim dapat dieratkan antara pelajar dan pekerja. Oleh itu, pelajar juga dapat merasa dan memahami masalah golongan pekerja lain. Dari aspek lain pula, latihan ini dapat memupuk semangat kerjasama di antara pekerja dengan pelajar itu sendiri.


i.    Mendedahkan para pelajar ke alam pekerjaan sebenar.

Para pelajar yang menjalani Latihan Industri, pastinya akan dilatih mengenai kerja atau tugas yang bakal atau akan dihadapi. Oleh itu, ia memberi pengetahuan baru kepada pelajar tentang bagaimana selok-belok sesuatu pekerjaan dan cara mengendalikan sesuatu tugas tersebut.

ii.   Meluaskan pemahaman, pengetahuan dan kemahiran pelajar.

Latihan Industri juga sebenarnya bertujuan untuk menambahkan atau memajukan lagi pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar kerana pendedahan yang dilalui sepanjang Latihan Industri. Secara umumnya, pelajar boleh memerhatikan


 sendiri serta mempelajari sendiri dengan kerja-kerja secara praktikal. Ia boleh meningkatkan jumlah generasi atau pekerja mahir selari dengan kehendak Negara.


iii.  Memberi pengetahuan tentang etika daya kerja.

Setiap organisasi atau firma menginginkan pekerjanya ada kecekapan, keselamatan dan keberkesanan dalam melakukan kerja. Maka dengan adanya Latihan Industri ini, para pelajar dapat membiasakan diri dengan etika kerja seperti peraturan, tanggungjawab, keselaatan, prosedur serta             tindakan-tindakan yang wajar dalam mengendalikan sesuatu tugas. Di samping itu, para pelajar juga dapat mempelajari dan mengetahui bagaimana berhadapan dengan pihak majikan terutamanya pengurus atasan serta ketua-ketua jabatan.

iv. Meluaskan cara pergaulan dan komunikasi dengan pekerja-pekerja lain di organisasi.

Komunikasi serta pergaulan antara pekerja-pekerja organisasi amatlah penting. Ia adalah satu platform pelajar dalam


 memahami lebih dalam konsep organisasi atau selok belok mengenai organisasi atau firma. Perhubungan, pergaulan dan komunikasi antara pekerja menggalakkan kita untuk berkongsi pengalaman serta permasalahan yang dihadapi.


v.  Menilai dan mengetahui kebolehan diri.


Sepanjang tempoh Latihan Industri, pelajar dapat menilai dan mengetahui setakat mana kebolehan dirinya di alam pekerjaan. Di situ para pelajar boleh mengambil kesempatan mencurahkan segala bakat dan buah fikiran yang berguna serta bagaimana ia dapat menyumbang kepakaran atau pengetahuan kepada pihak majikan.

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

1.1.1     Kepentingan Latihan Industri kepada Pelajar



i.              Memberi pengetahuan tambahan dan pengalaman yang berguna di mana perkara-perkara                   yang dipelajari secara teori dapat dilakukan dan dipraktikkan sendiri oleh pelajar.


ii.            Memberi peluang kepada pelajar untuk membina personaliti individu semasa menjalankan                    tugas.


iii.           Dapat mempelajari cara berkomunikasi dengan lebih berkesan.


iv.           Melahirkan pelajar yang lebih berani dalam menghadapi segala kemungkinan di alam                          pekerjaan serta meningkatkan tahap pemikiran seseorang pelajar semasa berada di alam                       pekerjaan.


v.            Memberi gambaran awal kepada pelajar terhadap dunia pekerjaan yang sebenar.