1.1.1 Kepentingan Latihan Industri kepada Pelajar
i. Memberi pengetahuan tambahan dan pengalaman yang berguna di mana perkara-perkara yang dipelajari secara teori dapat dilakukan dan dipraktikkan sendiri oleh pelajar.
ii. Memberi peluang kepada pelajar untuk membina personaliti individu semasa menjalankan tugas.
iii. Dapat mempelajari cara berkomunikasi dengan lebih berkesan.
iv. Melahirkan pelajar yang lebih berani dalam menghadapi segala kemungkinan di alam pekerjaan serta meningkatkan tahap pemikiran seseorang pelajar semasa berada di alam pekerjaan.
v. Memberi gambaran awal kepada pelajar terhadap dunia pekerjaan yang sebenar.